Selamat Datang ke
Koperasi Wanita Jaya Kinta Berhad
ayuh bersama membangunkan koperasi
Koperasi Wanita Jaya Kinta Berhad didaftarkan di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 6 April 2012 dengan no. pendaftaran A-4-0935. Menurut subseksyen 4(1) Akta, matlamat koperasi ini ditubuhkan ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi. Fungsi utama ialah pertanian manakala aktiviti semasa ialah menjual barangan pengguna secara online di https://kowitajayamart.usahawan.store
Tujuan https://kowitajayamart.usahawan.store ditubuhkan ialah untuk memasarkan produk koperasi dan pada masa sama membantu anggota koperasi memasarkan produk mereka terus kepada pengguna secara meluas.
Selain itu, platform e-dagang ini digunakan untuk menjual barangan pengguna yang terpilih sahaja. Sasaran koperasi kami adalah untuk mengembangkan kemudahan ini ke seluruh negara.
Salah satu perkara yang menarik dan unik mengenai laman web jualan ini, ia akan dapat meningkatkan kemahiran komuniti dalam bidang e-dagang dan pemasaran digital. Seterusnya ia dapat membantu mereka meningkatkan pendapatan, lebih-lebih lagi yang terkesan dalam pandemik Covid-19.
Penggunaan aplikasi dalam talian menggunakan pemasaran digital membantu koperasi kelihatan lebih maju serta profesional. Selain itu, ia akan meningkatkan kecekapan operasi bagi memberi manfaat kepada koperasi dan pengguna.